No Telefon / Fax : +05 6919006
Email: pkg_sitiawan@moe.gov.my

Laporan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat PKG 2015



PENGENALAN

Program NILAM ini diadakan bertujuan untuk membina tabiat membaca di kalangan murid.Pemilihan Tokoh NILAM peringkat PKG dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk berkongsi ilmu ataupun bahan bacaan yang pernah mereka baca.Secara langsung,ia dapat memberikan pengetahuan kepada murid berkaitan tema yang dipilih.

KAEDAH PERLAKSANAAN

Program ini telah diadakan pada 28 Julai hingga 29 Julai 2015 di PKG Sitiawan.Ia telah melibatkan seramai 36 orang calon dari 22 buah sekolah kelompok PKG Sitiawan.Seramai 22 orang guru pengiring terlibat dan hakim telah dipilih di kalangan guru GPM kelompok PKG Sitiawan.

Kategori pemilihan adalah seperti berikut :

Sekolah Menengah :
          i .   Bahasa Malaysia (6 calon)
         ii .   Bahasa Inggeris   (5 calon)

Sekolah Rendah :
          i .   Bahasa Malaysia  (15 calon)
         ii .   Bahasa Inggeris   (10 calon)

PENGLIBATAN SEKOLAH

Setiap sekolah WAJIB menghantar wakil.Sekolah yang gagal berbuat demikian perlu memberi penjelasan kepada Pegawai Pelajaran Daerah.Penglibatan sekolah dalm pemilihan NILAM Peringkat PKG adalah 100 %.

KEPUTUSAN

Keputusan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat PKG bagi tahun 2015 mengikut kategori adalah seperti berikut :

Kategori Bahasa Melayu Sekolah Menengah
NUR SHAFIKAH BT KALILI
SMK BATU SEPULUH ,LEKIR

Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah
VISALLINI A/P VASANTHAN
SMK CONVENT

Kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah
DINI INSYIRAH BT SHARUL DASSILA
SK CONVENT

Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah
RAAGHINIE A/P MURUGAN
SJKT MAHA GANESA VIDDYASALAI