i-NILAM
LATAR BELAKANG
Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikan
sesebuah masyarakat untuk menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan
terus relevan dan berkembang jika diasah dan diperturunkan kepada generasi muda
masyarakat kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika
mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu ialah
amalan membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota
masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan,
ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat dicapai jika
masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian. Sekaligus
pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan modal
insan yang cemerlang bagi membentuk negara maju.
Program NILAM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan
Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM
adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang
berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa
mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi
Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan
semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh
negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi
pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang
penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia
amnya.
Matlamat
Matlamat Program NILAM Pusat Sumber Sekolah adalah
seiring dengan matlamat di peringkat Kebangsaan iaitu;
·
Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam
kalangan murid.
·
Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik
murid-murid dan sekolah.
Objektif
Objektif Program NILAM Pusat Sumber Sekolah adalah
sebagaimana objektif di peringkat kebangsaan. Iaitu sepanjang program NILAM
murid-murid akan dapat:
a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka
membaca.
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Tiga Elemen Program NILAM
a. Rekod Membaca
: Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku
Rekod NILAM.
b. Pengesahan
Pembacaan : Guru
mengesahkan rekod bacaan murid.
c. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang
dibaca dan aktiviti berkaitan yang disertai.
Pelaksanaan
Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan
iaitu;
Tahap Jauhari
·
Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di
sekolah.
·
Membina kemahiran dan minat membaca sehingga
menjadi satu tabiat.
·
Menggu akan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku
melalui pusat sumber sekolah dan pusat maklumat yang lain.
·
Mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Tahap Rakan Pembaca
·
Murid yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku
layak di peringkat ini.
·
Murid berkebolehan membimbing dan menarik minat
rakan lain supaya membaca buku.
·
Mendapat bimbingan Guru Pembimbing sebelum
menjalankan aktiviti RP.
·
Memberi pinjman buku kepada rakan, ahli keluarga
dan jiran.
· Markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan
pembaca.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dicadangkan di peringkat RP
Pusat Sumber Sekolah adalah seperti berikut;
·
Bercerita
·
Membaca bersama
·
Bicara Buku
·
Meminjam buku
·
Memberi pinjaman buku
·
Ulasan Buku
·
Ulat Buku
·
Kamus Bergerak
·
Forum
·
Ceramah Buku
·
Ceramah
·
Jejak Buku
·
Khemah Membaca
·
Kuiz Pengetahuan
·
Radio Sekolah
·
Pameran Buku
·
Buku Skrap
·
SEMAI
·
Kelas Terbaik NILAM (Menengah Rendah
& Atas)
Pengiktirafan
Berhubung pengiktirafan Program NILAM Pusat Sumber
Sekolah. Murid-murid yang layak akan mendapat:
·
“Stand Medal”
·
Buku Kerja.
·
Sijil Anugerah NILAM
·
Kad Ahli Ekslusif NILAM
·
Kad Kumulatif
·
Sijil Akuan Sekolah
·
Sijil Berhenti Sekolah
Pengiktirafan Tahap Jauhari
Jumlah Bacaan Pengiktirafan
72-143 buah Gangsa
144-215 buah Perak
216- 287 buah Emas
288 ke atas NILAM
72-143 buah Gangsa
144-215 buah Perak
216- 287 buah Emas
288 ke atas NILAM
Pengiktirafan Tahap Rakan Pembaca
Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan
direkod dalam buku khas, disemak serta dinilai oleh guru pembimbing. Program
NILAM Tahap Rakan Pembaca peringkat Pusat Sumber Sekolah adalah sama dengan
pengiktirafan diperingkat kebangsaan.
Markah Pengiktirafan
100-199 Gangsa
200-299 Perak
300-399 Emas
400 ke atas NILAM
200-299 Perak
300-399 Emas
400 ke atas NILAM