No Telefon / Fax : +05 6919006
Email: pkg_sitiawan@moe.gov.my

Bengkel Penggunaan Frog VLE untuk Guru Cemerlang



          Pada 19 Mei 2016,Pusat Kegiatan Guru Sitiawan telah menganjurkan sebuah Bengkel Penggunaan Frog VLE untuk Guru Cemerlang daerah Manjung.Bengkel yang diadakan di Bilik Kenari PKG Sitiawan ini telah dihadiri oleh 16 orang Guru Cemerlang di daerah Manjung.PKG Sitiawan juga telah menjemput 2 orang guru iaitu Nur Adilah bt Ibrahim dari SMK Methodist dan juga Ruth Ling Wang dari SK Seri Bayu sebagai fasilitator untuk program ini.Kesemua guru telah diberi tunjuk ajar tentang teknik-teknik untuk mewujudkan laman web VLE sekolah dengan mudah.