No Telefon / Fax : +05 6919006
Email: pkg_sitiawan@moe.gov.my

Program Khidmat Bantu PSS - SK Seri Selamat




   Sekali lagi,pihak Pusat Kegiatan Guru Sitiawan telah menganjurkan sebuah program khidmat bantu PSS.Dan pada kali ini,program ini telah pun diadakan di pusat sumber SK Seri Selamat pada hari Khamis, 19 Mei 2016 dan juga Jumaat, 20 Mei 2016. Seramai 12 orang Guru Penyelaras Media dari sekolah sekolah kelompok PKG Sitiawan hadir untuk membantu dalam program ini.Antara khidmat bantu yang dilakukan adalah seperti membuat hiasan dan dekorasi,menyusun buku dan rak buku,mengubah kedudukan meja dan sebagainya.Penutup kepada program ini adalah ucapan terima kasih dari Guru Besar SK Seri Selamat iaitu Puan Rahimah Banun bt Saaid,dan seterusnya  penyampaian sijil dan cenderamata kepada setiap peserta.