iQ-PSS
Sistem iQ-PSS
iQ-PSS adalah singkatan bagi Indeks Kualiti Pusat Sumber
Sekolah diguna pakai sebagai indeks piawai pengukur Prestasi Pusat
Sumber
Sekolah bantuan
kerajaan seluruh Malaysia. iQ-PSS menterjemahkan kriteria kualitatif pencapaian
PSS kepada indek kuantitatif kualiti agar prestasi sesebuah PSS boleh diukur
secara seragam dan dibuat analisa bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan PSS
dalam merancang tindakan pembetulan dan penambahbaikan dari segi peruntukan
kewangan, pembekalan bahan (koleksi) PSS, peralatan, program latihan, program Jejak
Maklumat dan sebagainya agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan
mencapai matlamat dimasa hadapan .
Proses yang terlibat dalam program iQ-PSS ini adalah proses penarafan Pusat Sumber Sekolah bagi sekolah bantuan kerajaan seluruh Malaysia. Proses penarafan ini melibatkan Guru Perpustakaan dan Media, Pegawai PKG, Pegawai Unit PSP BTPN dan Pegawai Unit PSS Sektor PSP.

Capaian ke Sistem iQ-PSS
Untuk membuat capaian ke atas Sistem iQ-PSS ini, anda perlu menggunakan
pelayar web dengan menaip alamat URL berikut
http://bibliografi.moe.edu.my atau http://btp.tarantula.my.
Prestasi capaian bergantung kepada talian internet anda.
*Sebarang masalah Rujuk Manual Sistem iQ-PSS