Piagam Pelanggan
Kami anggota BTP dan PKG berikrar dengan penuh iltizam melaksanakan dengan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk memenuhi hasrat berikut :
- Memberi perkhidmatan yang sempurna. kemaskini, berkualiti, cekap, bersih dan amanah sepanjang masa;
- Menyebar dan memperkembangkan program pendidikan berasaskan media dan teknologi dalam pendidikan dengan cepat dan penuh kesungguhan;
- Bersedia menunaikan permohonan dalam bentuk khidmat nasihat dan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan dalam tempoh satu (1) minggu permohonan diterima;
- Bersedia melaksanakan permohonan membuat rakam salin bahan audio dan video yang berkaitan dengan alam pendidikan dalam tempoh dua (2) minggu selepas menerima bahan dari pelanggan.
- Mengedar sebarang maklumat berkaitan dengan siaran pendidikan, bahan-bahan bercetak dan bahan lain yang berkaitan dengan BTPN Perak dalam tempoh satu (1) minggu selepas penerimaannya.