No Telefon / Fax : +05 6919006
Email: pkg_sitiawan@moe.gov.my

Anugerah PSS Cemerlang



LATAR BELAKANG

1. Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2000 (bertarikh 20 April 2000) menegaskan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi penekanan yang sewajarnya dalam pelaksanaan program berkaitan Pusat Sumber Sekolah di seluruh negara. Ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan seterusnya mengupayakan generasi muda untuk mengharungi cabaran dunia abad ke-21 dengan lebih cemerlang.

2. Pekeliling Ikhtisas ini juga menyarankan supaya semua pihak mempertingkatkan usaha bagi menaikkan taraf Pusat Sumber Sekolah dari segi kemudahan fizikal, alatan, bahan serta penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. APSS Peringkat Kebangsaan mula dilaksanakan pada tahun 2000. Walau bagaimanapun, APSS Kebangsaan diadakan setiap dua tahun sekali berdasarkan keputusan Mesyuarat Penyelarasan Program dan Aktiviti BTP/PSPN/PTPB/PKG Bil.3/2002 pada 25 Julai 2002.

4. Pada tahun 2008, APSSC Peringkat Kebangsaan telah disampaikan dalam Majlis Anugerah Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Mesyuarat JK Induk Gerakan Tabiat Membaca Bil. 2/2008 bertarikh 19 Disember 2008 memutuskan APSSC Peringkat Kebangsaan diadakan setiap tahun bagi memastikan peningkatan berterusan PSS.

6. Kategori sekolah yang dipertandingkan ialah seperti berikut:

    Kategori Sekolah Rendah
         i.  Sekolah Rendah Kategori A (lebih daripada 500 orang murid)
        ii.  Sekolah Rendah Kategori B (kurang daripada 500 orang murid)
       iii.  Sekolah Kurang Murid (SKM)

    Kategori Sekolah Menengah
         i.  Sekolah Menengah Kategori A (lebih daripada 700 orang pelajar)
        ii.  Sekolah Menengah Kategori B (kurang daripada 700 orang pelajar)

7. Bagi tujuan penyelarasan, perkataan ’Cemerlang’ digugurkan berdasarkan keputusan Mesyuarat Penyelarasan Instrumen BTP bertarikh 23 Disember 2008. Anugerah kini dikenali dengan nama ”Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan”.

OBJEKTIF

  1. Menggalakkan murid dan guru menjadi pengguna Pusat Sumber Sekolah yang efektif dan kreatif dalam mendapatkan maklumat.
  2. Menggalakkan sekolah meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan PSS / sumber pendidikan.
  3. Melahirkan lebih banyak PSS yang berkualiti dan berfungsi selaras dengan konsep pendidikan bestari serta pembudayaan media dan teknologi pendidikan masa kini.
  4. Bertindak sebagai penanda aras (bench-mark) kepada PSS cemerlang.

PROSES PEMILIHAN DAN PENILAIAN

  1. Pemilihan pemenang Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsan dibuat berdasarkan instrumen penilaian PSS.
  2. Instrumen Penilaian ini telah didaftarkan di bawah SPK MS 9001-2000 Pengurusan Khidmat Bantu PSS (PKP- 03).
  3. Penilaian APSS Peringkat Kebangsaan dibuat dengan melihat ciri-ciri positif yang terdapat di PSS.
  4. Penilaian PSS bermula di peringkat negeri. Setiap BTPN akan mencalonkan sebuah sekolah bagi setiap kategori daripada pertandingan/ penilaian. Ini disusuli dengan Mesyuarat JK Penilaian bagi membincangkan tugas panel hakim dan penentuan jadual penghakiman.
  5. Penilaian APSS Peringkat Kebangsaan seluruh negara akan diadili oleh panel hakim terdiri daripada pegawai BTP, Bahagian-bahagian KPM, Perpustakaan Negara Malaysia dan institusi pengajian tinggi.