No Telefon / Fax : +05 6919006
Email: pkg_sitiawan@moe.gov.my

Pengisian SSQS 2016 telah pun bermula

 

Seperti tahun tahun sebelumnya,pengisian SSQS akan dijalankan bagi setiap sekolah. Dan pada kali ini,SSQS telah pun bermula pada 15 Julai lepas sehinggan 30 Ogos 2016. Bagi setiap sekolah,berikut adalah panduan untuk pengisian SSQS.

1.  Sila layari laman web http://btpnperak.moe.gov.my/ssqs

2.  Klik pada butang Log Masuk Admin untuk mendapatkan token

3.  Login masuk id dan password menggunakan kod sekolah

4.  Keluar kembali pada page utama

5.  Klik pada butang Responden samada untuk Pentadbir, GPM, Guru ataupun Murid. Isikan token yang telah diterima sebelum ini untuk mengisi jawapan seterusnya.

6.  Pihak sekolah dinasihatkan supaya membuat salinan awal semua token yang ada bagi memudahkan pengisian borang.

7.  Setiap sekolah perlu memastikan agar setiap pengisian borang ini dibuat salinan offline, iaitu 1 salinan borang Pentadbir, 1 salinan borang GPM, 6 salinan borang Guru dan 6 salinan borang Murid. Setiap borang ini hendaklah disimpan oleh pihak sekolah untuk kemudahan sekiranya ada penyemakan dari pihak atasan.

Semua pengisian SSQS akan dipantau oleh pihak PKG dari masa ke semasa,jadi setiap sekolah diharap memberi kerjasama sepenuhnya.Setiap masalah yang dihadapi boleh menghubungi pihak PKG Sitiawan di talian 05 - 6919006.

Terima kasih