No Telefon / Fax : +05 6919006
Email: pkg_sitiawan@moe.gov.my

Pengisian Borang Data Inisiatif ICT Sekolah - Sekolah KPM 2016


Ingin dimaklumkan bahawa sesi pengisian Data Inisiatif ICT 2016 telahpun pihak PKG Sitiawan mulakan pada 22 Januari 2016. Untuk itu,Pihak PKG ingin meminta jasa baik pihak tuan supaya dapat memberi kerjasama dalam menjayakan pengisian borang tersebut pada kali ini.

Pihak tuan hendaklah memuat turun borang tersebut pada capaian di bawah ini dan mencetak borang tersebut.Sila isikan borang tersebut di setiap bahagian TANPA meninggalkan ruang kosong pada setiap soalan (kecuali jika soalan tersebut tiada kaitan dengan sekolah).Pastikan borang ini diisi dengan tulisan yang jelas supaya pihak PKG dapat menyimpan maklumat tersebut dengan lengkap.

Borang ini hendaklah dihantar kepada PKG Sitiawan selewat lewatnya sebelum atau pada 19 Februari 2016. Sebarang maklumat dan pertanyaan,sila hubungi Mohd Fairus bin Adnan di talian 05-6919006.

Sebarang kerjasama dari pihak tuan amatlah kami hargai.

Terima kasih


       BORANG DATA INISIATIF ICT 2016